Tuesday, August 26, 2008

Test Stroke - Still Life Acrylic Painting


Still Life - Garlic
Media : Acrylic on canvaz
Saiz : -

Mencari-cari stroke balik. Lama da tak buat painting. Malam tadi xde apa kerja sangat, so ade masa abiskan painting ni. Maybe lepas ni nak buat still life pasal rempah ratus, barangan dapur.
Kira ni exercise untuk projek The Balau nanti. Konsep semua da ade. Tunggu gather material dan start bertapa buat painting.

So ade sesapa bekenan nk buat hiasan kat umah kat ruangan dapur disarankan, leh contact saya. Enjoy!


Regard,

Ajeed

Wednesday, August 20, 2008

3 in 1 - 3 stories in 1 entri

Story 1 : MIFC 2008

Team Canada punya show, meriah berdentum dentam. Kami tiba agak lewat, xdapat spot yang best pon, just park tepi jalan dan melihat berbackgroundkan lalang-lalang. huhu xde mood teruja pon walau langit bergermalapan dengan pancutan cahaya. Statik, tak macam memula tengok bunga api kat stadium malam merdeka di UiTM dulu-dulu. Melopong mulut, tak terkedip mata kekaguman walau pun hanya bunga api berbajet ciput. Mungkin sudah tuakah saya?











Story 2 : The Balau Outdoor Exibition 2008 - Coming soon!

Work on progress. Perancangan sedang diatur. Berus-berusku menari lagi.

Exibition bertempat di The Balau Nelayan Desaru di Tanjung Balau, Johor pada bulan 12 ini. karya-karya lukisan dan arca dari resident artist The Balau, artist Warisan Johor dan beberapa pelukis jemputan dari Indonesia akan mewarnai suasana.

Outdoor exibition berkonsepkan santai dengan tiupan bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa. Disulami irama ghazal yang membuai jiwa.

Kepada bakat-bakat baru, exibition ni sangat sesuai untuk menonjolkan bakat anda. Ramai art collector dan wakil-wakil company yang akan bertandang. Kepada yang ingin turut serta boleh email saya untuk perbincangan dan penilaian artwork anda. Thanks

yazzid_hashim@yahoo.com
The Balau Resident Artist


*more info will be updated soon.













Story 3 : Kes Study no. 1

Mimi : Aku nk benti keje ar Jed. Baru anta resume kat swasta.
aku : Aih!, da elok-elok keje pegawai gomen, gaji da sedap. Awat nak benti bro?
Mimi : Aku da bosan. Asik xde keje je
Aku : Xde keje tapi bulan-bulan masyuk ape, ok ar tu
Mimi : Tapi aku da bosan!
Aku : !!%**#@???

* Manusia xpenah puas yek. Bersyukurlah dengan apa yang ada bro.






Adios n Regards,




Ajeed yazzid_hashim@yahoo.com

Wednesday, August 13, 2008

Sharing is Caring



Sekadar gambar hiasan. Berlokasi berhampiran airport Sabah. Watak diatas bukan saya kerana saya yang shoot ye.


Beberapa kiriman SMS dari buah hati malam tadi terasa amat bermanfaat sekali untuk dikongsikan bersama. Tq my luvly darling. *jiwang mood lol


* Barang siapa membaca Surah al-Waqiah pada setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.

* Barang siapa membaca Surah Yassin dipermulaan siang, dan dia mendahulukannya diantara hajatnya, maka akan ditunaikan hajatnya itu.

* Sesungguhnya Allah S.W.T menutup Surah al-Baqarah dengan dua ayat yang diambil dari perbendaharaan dibawah Arsy. Maka pelajarilah dan ajarkanlah kepada wanita-wanita, anak-anakmu kerana ianya merupakan solat, bacaan dan doa.

* Setiap perkara penting yang tidak dimulakan dengan Bismillah, maka ianya terputus dari rahmat Allah S.W.T



Regards and Adios,

Ajeed yazzid_hashim@yahoo.com

Tuesday, August 12, 2008

Borneo's Heritage - Sarawak Cultural Village

Salam Semua,
Pertama kali menjejakkan kaki dibumi Sarawak. Terasa amatlah teruja skali bro. Bukan melancong bukan juga ber honeymoon. Tapi atas nama kerja da.
Dalam bulan 2 aritu, saya bersama sorang lagi opismate diterbangkan khusus ke bumi Borneo yang damai itu untuk mengumpulkan bahan-bahan berkaitan etnik dan sejarah Sarawak dan sabah. Maka segala bentuk muzium dan tempat bersejarah kami lewati untuk sesi snip snap the photo.
Sebelum ini saya amat tak tahu, dan tak pernah nak ambil tahu yang bahawa sa nya, bumi Borneo ini amatlah unik, menarik dan kaya dengan seni kebudayaan nya tersendiri. Kepelbagaian kaum dan kepelbagaian budaya, adat resam dan nature nya yang tak terusik lagi memang mengkagumkan saya.
Dua hari kat Sarawak dan dua hari di Sabah memang tak cukup untuk jelajah dan mengkaji semuanya. Sarawak cultural village, mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Kuching, memang best, menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. Meh tengok gambau.



















Ni view lepas melintasi entrance. Ada arca-arca yang cukup artistik.






Penari kebudayaan. Tgh besiap untuk show. Show selama sejam yang amat menghiburkan dengan tarian dan musik tradisi masyarakat Sarawak.
















Giginya amat kuat. Awas sedara, jgn sampai kene gigit





















Mamat kat atas tu, siap pusing-pusing bro



Time ni lagu melayu asli.



Lakonan semula bagaimana mesin mengisar padi digunakan
Regard,

Monday, August 11, 2008

The Balau Founder



















Jijit kiri skali dan saya yang pegang vid cam tu. Gamba ni masa bukak booth kat Laman Seni kat dulu.


Baik jadikan tauladan yang buruk tu biasa ar buatkan sempadan. Dengan niat moga-moga dapatlah naikkan semangat kalian jadi luar biasa hebatnya dengan entri nik. Amin.

Bak kata pakar-pakar motivasi, pemikiran yang positif akan memandu kita kearah yang positif, jika kita diselubungi pemikiran negatif, maka penghidupan kita akan jadi negatif. Saudara Irfan Khairy si Jutawan internet tu, tidak membaca akhbar ye kerana tidak mahu dipengaruhi pemikiran-pemikiran negatif. Kalau anda ada terbaca atau menonton The Secret, tentu tau tentang kekuatan positif mind dalam penghidupan seharian. So keep it positif bro.

Arakian kisah bermula berbackgroundkan era sekolah-sekolah dulu. Kisah si Jijit. Kami memang fanatik gila tang keje-keje seni ni. Segala perkara berkaitan seni akan kami explore bersama. Kami buat pertandingan membina model rumah impian, Kami buka gerai menjual barangan souvenier, sampai satu tahap kami cari guru sendiri semata nak belajar pasal painting, fine art nih kat Batu Pahat. Memang time tu kami top betul kat sekolah bro.

Malang bermula bila result SPM keluar, tak disangka-sangka dia punya result merudum. Geng-geng merangkap cikgu-cikgu pon memang susah nak percaya. Sebak gak time tu. Memang susah ar nak sambung mana-mana U.

Kuasa tuhan, dia dapat masuk UPM, second intake buat dip. Forest? hmmm, then dia sambung degree in landscaping. The best part is, dia tak minta mana-mana loan, PTPTN ke ape ke mahupun mak ayah dia. Dia belajar dan kerja. Dia aplikasikan terus apa dia belajar dengan bekerja, buat landskap. Dari penanam pokok sahaja kepada mereka bentuk taman, marketing semua dia buat. Oleh sebab dah biasa terdedah enviro kerja, Segala assignment yang lec. bagi dia buat betul-betl kaw dan sungguh professional. Jadi top student tu bro.

Lepas grad, dia memang tak pernah kerja dengan orang. Pernah saya tanya kenape?. Jawabnya dia tak nak jadi kuli. Pelahan-pelahan dia bina empayar bisnes sendiri, bina jaringan network sendiri, ada repo yang betul-betul best.

Sekarang ni, dia boleh berbangga dengan pencapaiannya, musim menuai bukan dalam landskaping saja, tapi dah di diversify kan skop bisnes kepada advertising, Interior dan terbaru mengambil alih pengurusan Tanjung Balau Resort, dah bertukar ke The Balau, Nelayan Desaru, di Tanjung Balau, Johor.

Dalam Usia belum mencecah 30an, dia dah berjaya membina asas perniagaannya yang kuat dan mantap, yang penting tempiasnya kene juga pada saya ye. Thank you my friend.

The Balau Resort, memang best nak bersantai kat sana bro. Pasir putih, pantai jernih. Memang santai dan damai. Nak ber honeymoon pon sesuai.

Untuk info lanjut, leh visit website dia.



http://www.thebalau.com/



p/s : Mana-mana yang minat lukisan, arca dan seumpamanya tu, sambil bercuti leh menikmatinya dari artist2 resident johoThe Balau, artist warisan Johor dan dari Indonesia di Balau Art Gallery. Painting saya pon ada menanti anda disana. Tiap sabtu ada show Ghazal, Luvly membuai jiwa bro.





















View waktu petang. Alahai lama tak bercuti-cuti Malaysia























Nak surfing pon ado kat sana. Ikut musim dia.
































Adios and regards,

Ajeed

Ingatlah Insan Tersayang

*Sekadar gambar hiasan, tiada kaitan dengan kisah penceritaan. kredit to Syafiq




Seram kan tajuk entri ni?

Nak cerita malam Sabtu minggu lepas, saya berkeseorangan pulang ke Melaka menemui isteri tercinta. Start bertolak dari Subang pukul 10 malam. Drive sorang2 malam2 memang kalau dapat memang nak saya elakkan.


Sepanjang perjalanan pasang lagu kuat2, layan feel sikit. trafik agak lancar. Dalam pada tengah layan lagu tu, tiba2 berdesup-desap dua tiga biji motor cup memintas saya dan kereta-kereta dihadapannya. Laju sekali. Mungkin nak cepat sampai destinasi agaknya. Dalam hati terfikir 'hai bahaya betul la bawak motor laju2 ni. Kat hiway lak tu, silap sikit nanti nahas je'.


Perjalanan diteruskan lagi, tak sure dah sampai kemana, kiri kanan hiway memang gelap, dan tetiba kenderaan bersusun dihadapan bergerak dengan amat slownya. Memang terfikir mesti ada kemalangan kat depan.


Dengan trafik yang slow, saya melintasi kawasan kemalangan, ade lori, ade 4wheel drive dan kereta yang remuk2 sikit kat depan. Mata ligat memerhati, seorang mangsa sedang diusung, ada polis dan ambulance yang baru sampai.

Di hadapan sedikit, saya tergamam melihat sebuah motosikal dan penunggangnya melekat ditengah jalan, hampir penyek mungkin kene gilis. Aduhai, tak terkata saya melihat penunggang itu meringkuk kaku tak berusik. Memang xterkata waktu tu. Adakah penunggang itu orang yang sama memintas bawa motor laju-laju tadi?. Saya tak pasti. Tengok pada rupa, mungkin dah meninggal.


Serta merta bulu roma naik, huhu, kemalangan ini cukup menginsafkan saya. Taknak bawak laju-laju lagi. Pada kawan2 semua, Pandulah berhati-hati, jangan ikut emosi. Lagi-lagi dah nak dekat musim raya ni. Hargailah nyawa dan insan tersayang.





Adios,






Sunday, August 10, 2008

The Dodol Story




















Salam Semua,

Baru balik dari kampung halaman yang indah permai semalam, Drive dari B.P ke Subang mengambil 4 jam dari 24 jam waktu harian saya.

Perkara penting tiap kali balik kg, membuat saya terus suka nak balik kg adalah its inspiring me. Melihat perkara-perkara baru yang berlaku disekelilingnya, pada masyarakatnya, kisah-kisah kawan sekampung, gosip itu ini saudara mara, hijau pokok2 yang menyegarkan. Semua elemen itu mengecas kembali semangat saya ke tahap optimum. Its keep me more motivatedlah. Bila dah motivated, daya juang, daya kerja, daya fikir semua meningkat. Membuat saya proaktif untuk seminggu dua hehe sebelum turun ke paras statik semula.

Refreshing minda. Rasanya kita semua perlu refresh balik minda kita, naikkan balik semangat tu. Balik kg. adalah cara terbayek!

Antara cerita segar yang membuat saya segar adalah kisah geng sekampung, sebaya. Dia mungkin tak berapa berjaya dalam pelajaran, tapi dia berjaya dalam pekerjaannya sebagai pengusaha dodol. Dodolnya dah market international. Dari kilang kecil ke kilang besar. Dia fokus mengusahakan dodolnya selepas habis sekolah, dari packaging daun upih ke packaging yang lebih komersial, dari pembuatan manual dulu, kini dah beralih kepada penggunaan mesin-mesin. Semuanya atas faktor fokus. Sedikit demi sedikit, akhirnya dia berjaya. Congrats bro! your story are truly inspiring me.



Regards,