Salam Semua,
Pertama kali menjejakkan kaki dibumi Sarawak. Terasa amatlah teruja skali bro. Bukan melancong bukan juga ber honeymoon. Tapi atas nama kerja da.
Dalam bulan 2 aritu, saya bersama sorang lagi opismate diterbangkan khusus ke bumi Borneo yang damai itu untuk mengumpulkan bahan-bahan berkaitan etnik dan sejarah Sarawak dan sabah. Maka segala bentuk muzium dan tempat bersejarah kami lewati untuk sesi snip snap the photo.
Sebelum ini saya amat tak tahu, dan tak pernah nak ambil tahu yang bahawa sa nya, bumi Borneo ini amatlah unik, menarik dan kaya dengan seni kebudayaan nya tersendiri. Kepelbagaian kaum dan kepelbagaian budaya, adat resam dan nature nya yang tak terusik lagi memang mengkagumkan saya.
Dua hari kat Sarawak dan dua hari di Sabah memang tak cukup untuk jelajah dan mengkaji semuanya. Sarawak cultural village, mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan dari bandar Kuching, memang best, menarik dan berbaloi untuk dikunjungi. Meh tengok gambau.
Ni view lepas melintasi entrance. Ada arca-arca yang cukup artistik.
Penari kebudayaan. Tgh besiap untuk show. Show selama sejam yang amat menghiburkan dengan tarian dan musik tradisi masyarakat Sarawak.
Giginya amat kuat. Awas sedara, jgn sampai kene gigit