Jijit kiri skali dan saya yang pegang vid cam tu. Gamba ni masa bukak booth kat Laman Seni kat dulu.
Baik jadikan tauladan yang buruk tu biasa ar buatkan sempadan. Dengan niat moga-moga dapatlah naikkan semangat kalian jadi luar biasa hebatnya dengan entri nik. Amin.
Bak kata pakar-pakar motivasi, pemikiran yang positif akan memandu kita kearah yang positif, jika kita diselubungi pemikiran negatif, maka penghidupan kita akan jadi negatif. Saudara Irfan Khairy si Jutawan internet tu, tidak membaca akhbar ye kerana tidak mahu dipengaruhi pemikiran-pemikiran negatif. Kalau anda ada terbaca atau menonton The Secret, tentu tau tentang kekuatan positif mind dalam penghidupan seharian. So keep it positif bro.
Arakian kisah bermula berbackgroundkan era sekolah-sekolah dulu. Kisah si Jijit. Kami memang fanatik gila tang keje-keje seni ni. Segala perkara berkaitan seni akan kami explore bersama. Kami buat pertandingan membina model rumah impian, Kami buka gerai menjual barangan souvenier, sampai satu tahap kami cari guru sendiri semata nak belajar pasal painting, fine art nih kat Batu Pahat. Memang time tu kami top betul kat sekolah bro.
Malang bermula bila result SPM keluar, tak disangka-sangka dia punya result merudum. Geng-geng merangkap cikgu-cikgu pon memang susah nak percaya. Sebak gak time tu. Memang susah ar nak sambung mana-mana U.
Kuasa tuhan, dia dapat masuk UPM, second intake buat dip. Forest? hmmm, then dia sambung degree in landscaping. The best part is, dia tak minta mana-mana loan, PTPTN ke ape ke mahupun mak ayah dia. Dia belajar dan kerja. Dia aplikasikan terus apa dia belajar dengan bekerja, buat landskap. Dari penanam pokok sahaja kepada mereka bentuk taman, marketing semua dia buat. Oleh sebab dah biasa terdedah enviro kerja, Segala assignment yang lec. bagi dia buat betul-betl kaw dan sungguh professional. Jadi top student tu bro.
Lepas grad, dia memang tak pernah kerja dengan orang. Pernah saya tanya kenape?. Jawabnya dia tak nak jadi kuli. Pelahan-pelahan dia bina empayar bisnes sendiri, bina jaringan network sendiri, ada repo yang betul-betul best.
Sekarang ni, dia boleh berbangga dengan pencapaiannya, musim menuai bukan dalam landskaping saja, tapi dah di diversify kan skop bisnes kepada advertising, Interior dan terbaru mengambil alih pengurusan Tanjung Balau Resort, dah bertukar ke The Balau, Nelayan Desaru, di Tanjung Balau, Johor.
Dalam Usia belum mencecah 30an, dia dah berjaya membina asas perniagaannya yang kuat dan mantap, yang penting tempiasnya kene juga pada saya ye. Thank you my friend.
The Balau Resort, memang best nak bersantai kat sana bro. Pasir putih, pantai jernih. Memang santai dan damai. Nak ber honeymoon pon sesuai.
Untuk info lanjut, leh visit website dia.
http://www.thebalau.com/
p/s : Mana-mana yang minat lukisan, arca dan seumpamanya tu, sambil bercuti leh menikmatinya dari artist2 resident johoThe Balau, artist warisan Johor dan dari Indonesia di Balau Art Gallery. Painting saya pon ada menanti anda disana. Tiap sabtu ada show Ghazal, Luvly membuai jiwa bro.

View waktu petang. Alahai lama tak bercuti-cuti Malaysia

Nak surfing pon ado kat sana. Ikut musim dia.

Adios and regards,
Ajeed
No comments:
Post a Comment