Sunday, August 10, 2008

The Dodol Story




















Salam Semua,

Baru balik dari kampung halaman yang indah permai semalam, Drive dari B.P ke Subang mengambil 4 jam dari 24 jam waktu harian saya.

Perkara penting tiap kali balik kg, membuat saya terus suka nak balik kg adalah its inspiring me. Melihat perkara-perkara baru yang berlaku disekelilingnya, pada masyarakatnya, kisah-kisah kawan sekampung, gosip itu ini saudara mara, hijau pokok2 yang menyegarkan. Semua elemen itu mengecas kembali semangat saya ke tahap optimum. Its keep me more motivatedlah. Bila dah motivated, daya juang, daya kerja, daya fikir semua meningkat. Membuat saya proaktif untuk seminggu dua hehe sebelum turun ke paras statik semula.

Refreshing minda. Rasanya kita semua perlu refresh balik minda kita, naikkan balik semangat tu. Balik kg. adalah cara terbayek!

Antara cerita segar yang membuat saya segar adalah kisah geng sekampung, sebaya. Dia mungkin tak berapa berjaya dalam pelajaran, tapi dia berjaya dalam pekerjaannya sebagai pengusaha dodol. Dodolnya dah market international. Dari kilang kecil ke kilang besar. Dia fokus mengusahakan dodolnya selepas habis sekolah, dari packaging daun upih ke packaging yang lebih komersial, dari pembuatan manual dulu, kini dah beralih kepada penggunaan mesin-mesin. Semuanya atas faktor fokus. Sedikit demi sedikit, akhirnya dia berjaya. Congrats bro! your story are truly inspiring me.



Regards,

No comments: